SUMPAH LAAAAHHH!!! BANYAK NYAA KAT KEPALA AWAK !!!

Tiba-tiba dia tegur pulak dah!! Maluuuuuu nyaaaaa!Rambut panjang lebat siap rebonding lagi...tapiii kulit kepala penuh kelemumur! Macam mana sis? Dah macam macam shampoo dah guna tapi makin teruk kelemumur ni!


Assalamualaikum sis 💚 yeee faham..dah jangan risau.. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya tau sis. Positive and ikhtiar.


  • Kelemumur adalah satu proses pengelupasan sel-sel kulit pada kulit kepala. Walaupun kelemumur boleh menyebabkan kegatalan kulit kepala, namun tidak semua kegatalan kulit kepala yang dialami itu disebabkan oleh kelemumur.
Meh saya share kan antara tips yang sis boleh guna untuk menghilangkan kelemumur di kepala.

TIPS #1 PEMILIHAN SHAMPOO YANG TEPAT

Antara perkara utama untuk merawat rambut yang ada masalah kelemumur adalah pemilihan shampoo yang tepat dan sesuai demgan kulit kepala kita. Dah terlalu banyak shampoo di luar sana yang direka khas utk merawat masalah kelemumur seperti Anti-Dandruff.
Tapi sebetulnya adalah shampoo yang mempunyai tinggi chemical merupakan punca seseorang tidak sesuai dan mempunyai masalah rambut dan kulit kepala.
Boleh cari shampoo organik no chemical di pharmacist berdekatan untuk merawat masalah kelemumur anda ya.



TIPS #2 YOGURT

Yogurt merupakan kaedah yang mudah untuk merawat rambut kelemumur dan rambut kering.
Cara-caranya adalah:
  1. Bilas rambut dengan air.
  2. Sapu yogurt di kulit kepala dan biarkan selama 10-15 minit
  3. Bilas dengan air bersih, sekiranya perlu guna shampoo dengan kadar yang sedikit.


TIPS #3 MINYAK KELAPA (COCONUT OIL)

Minyak kelapa banyak khasiat dalam merawat kulit kepala termasuk kelemumur tau.
  1. Basahkan rambut anda dan keringkannya. (bertujuan utk hilangkan kekotoran)
  2. Sapukan minyak di kulit kepala dan urut keseluruhan kulit kepala. Biarkan beberapa minit.
  3. Basuh/bilas dengan air yang bersih dengan cara meramas kulit kepala sehingga tiada kesan minyak tersebut.
  4. Ulangi langkah tersebut seminggu sekali sehingga masalah kelemumur hilang.

TIPS #4 LIDAH BUAYA

Lidah buaya digunakan secara tradisional untuk merawat masalah rambut. Apa kata kita cuba lidah buaya untuk merawat masalah kelemumur.
  1. Ambil satu batang lidah buaya dan potong tengahnya.
  2. Ambil lendir lidah buaya tersebut kemudian lumurkan di kulit kepala.
  3. Ramas dan urut rambut anda dengan lendir lidah buaya tersebut.
  4. Boleh digunakan untuk cuci rambut ketika mandi.
  5. Bilas dengan air selepas selesai.

TIPS #4 RAWATAN INAI RAMBUT

Biasa dengar inai hanya untuk tangan sahaja kan? 
Inai atau henna sememangnya sinonim sebagai hiasan di jari dan tangan, tetapi tahukah anda ia juga banyak kebaikan untuk rambut dan kulit kepala.

Salji rambut? Ia adalah sesuatu yang amat memalukan dan juga sangat merimaskan kulit kepala.
Sapuan henna pada kulit kepala juga akan men'detoks' kulit kepala dan akar (anti bakteria & kulat); pigmen 'lawsone' akan menyusun semula protein rambut; lapisan kutikel rambut tersusun cantik dan bertambah rata bersinar.

Sudah tentu di Dhiya Ammani Spa ada menawarkan rawatan inai organik iaitu Miracle Henna Hair Treatment (klik cepat utk tahu lebih lanjut) untuk masalah kelemumur kronik. Rawatan ini menggunakan 100% inai asli, mampu mencegah masalah kelumumur yang kronik. Mengandungi 9 langkah rawatan yang lengkap dan menggunakan 100% bahan semulajadi. 

SIS BOLEH CUBA KESEMUA TIPS DIATAS UNTUK MERAWAT MASALAH RAMBUT BERKELEMUMUR. INSYAALLAH BOLEH DIATASI.

Kalau perlukan tips lebih tentang masalah rambut sis, laju laju whatsapp saya sekarangg ye sis hihihi


FOLLOW AND CLICK THIS NOW!
IG: MIRACLEHENNAHAIRTREATMENT
FB: Dhiya Ammani Spa / Rawatan Rambut Gugur

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA POWER SANGAT TESTIMONI DHIYA AMMANI SPA NI???

MACAM MANA NI?? RAMBUT GUGUR TERUK SGT!! NAK TIPSS.....

KURUS DAH, FLAWLESS DAH.. TAPI SATU JE YANG SPOIL !!! 😱